SEJARAH PENUBUHAN PPKI SMK HANG KASTURI
Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan HangKasturi bermula pada tahun 1988. Kelas Pendidikan Khas ini dibuka adalah untuk memberi Peluang kepada muridmurid Bermasalah Pembelajaran yang belajar dari Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana meneruskan pelajaran mereka pada peringkat menengah.Pada mulanya kelas ini ditempatkan di stor Kemahiran Hidup yang hanya dilengkapi dengan meja, kerusi dan papan hijau. Sementara bilangan guru yang ditugaskan mengajar ialah seramai 2 orang dan bilangan muridnya pula seramai 6orang sahaja.
•Dari tahun ke tahun kelas Pendidikan Khas telah mengalami beberapaperubahan. Perkara ini dapat dilihat pada tahun 2000 dua buah makmaltelah diubahsuai untuk dijadikan kelas Pendidikan Khas. Kelas inidilengkapi dengan 4 bilik, 1 dapur dan 2 buah tandas. Bilangan murid danguru turut bertambah,menjadi seramai 3 orang manakala muridnya pulaialah seramai 12 orang.
•Pada tahun 2005 kelas Pendidikan Khas sekali lagi mengalami perubahaniaitu pengubahsuaian stor sukan telah dijadikan kelas bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah .Sementara pada bulan Ogos2007 dua buah rumah guru telah diubah suai untuk dijadikan kelas pendidikan khas. Justeru itu kelas Pendidikan Khas telah dipindahkan kerumah bangunan rumah guru pada tahun tersebut sementara kelas lama (asalnya stor sukan) dijadikan kelas untuk program MPV masakan.
No comments:
Post a Comment